SIRI KICK OFF HABIT-Q : MODUL REMAJA BERANI BERUBAH (RBU) MAC 2019

Cuti Semester Pertama (Penggal#1) persekolahan bermula pada 23 Mac sehingga 31 Mac 2019, memberi ruang kepada Cikgu SB melaksnakan "Kick Off" Siri Inspirasi Habit-Q melalui Program Remaja Berani Berubah 2019 @RBU 2019. Modul RBU ini, merupakan lanjutan dari penulisan Buku Inspirasi Habit-Q.


Secara asas, Modul RBU 2019 ini  telah berjaya dilaksanakan dengan cemerlang dalam cuti sekolah tersebut. Program ini dijalankan di Auditorium G2, Tingkat 3, Atas Hotel Laman Seri , Laman Seri Business Park Seksyen 13 , Shah Alam Selangor.

Modul RBU 2019 ini, Cikgu SB pecahkan kepada tiga tarikh pilihan untuk peserta iaitu :
1. Ahad 24 Mac 2019 - Kehadiran seramai 27orang
2. Isnin  25 Mac 2019 - Kehadiran seramai 23 orang
3. Rabu  27 Mac 2019 -Kehadiran seramai 16 orang.

Alhamdulillah Modul RBU ini Cikgu SB mulakan dengan bayaran serendah RM30 (Sebagai CSR Cikgu SB). Walaupun target asal program RBU hanya sekitar 50 peserta namun dengan kehadiran 66 orang sudah menepati KPI program ini.








Comments

Popular Posts