RUTIN & GELUNG KEBIASAAN SEBELUM HABIT TERBENTUK

RUTIN MEMBENTUK GELUNG KEBIASAAN SEBELUM MENJADI HABIT BAWAH MINDA SEDAR.

1) Kunci #1 dalam menjaga kebersihan rumah adalah dengan memiliki rutin. RUTIN HARIAN dan mingguan wajib ada.. Semaikan kepada suami, isteri dan anak anak.

Mula-mula pasti sukar untu mengamalkan rutin berkala ini tetapi bak kata pepatah, ‘alah bisa, tegal biasa’.

Rutin Harian yang wajib dilaksanakan setiap hari.

a. Kemaskan katil. Pastikan sebelum melangkah ke bilik air, dikemas dulu katil dengan meratakan cadar, melipat cantik selimut dan menyusun bantal.

b. Sapu dan vakum kawasan yang berhabuk serta nampak  jelas kotor, paling bagus sebelum keluar rumah sama ada kerana kerja atau balik kampung.

c. Angkat pakaian yang berterabur/barang yang tidak berada di tempatnya selama 10 minit. Tidak kira sama ada mainan, buku, remote hatta bantal santai selepas menonton tv.

d. Lap dengan sabun dan kain kering bersih permukaan dan kaunter bahagian atas  dapur dari kesan minyak

e. Pastikan sinki tiada pinggan mangkuk kotor. Latih anak basuh pinggan sendiri. Mestilah bermula dengan ayah ibu.

f. Sidai baju yang siap dibasuh di waktu pagi dan pastikan berangkat di sebelah petang atau segerakan ke kedai pengering andai berkemampuan.

g. Pastikan baju kering dilipat saat belum bertimbun menjadi bukit. Andai sudah membukit, maka akan timbul perasaan tidak rajin lagi.

Cuba untuk lakukan rutin harian ini secara konsisten agar rumah anda kelihatan agak kemas.

Dapur anda juga akan kelihatan lebih baik tanpa tompokan minyak dan kotoran pada kaunter dan juga nampak kemas tanpa pinggan mangkuk kotor dalam sinki.

Lantai rumah walaupun tidak bermop, sudah cukup tampak bersih dengan menyapunya setiap hari. Pastikan penyapunya tidak kembang dan rumah anda mempunyai bakul sampah yang mencukupi.

Anda boleh sahaja membuat senarai rutin harian berdasarkan kelapangan dan tahap baki tenaga anda.

Selamat beramal, semoga menjadi kebersihan habit kekal dalam setiap diri kit.

Cikgu SB Transformasi Minda.

Comments

Popular Posts