HABIT & GADGET - BAGAIMANA SIKAP IBU AYAH
GADGET SEBAGAI ALAT UNTUK MEMUDAHKAN URUSAN!
Tidak dinafikan akan kepentingan Gadget sama ada smart phone, ipad, notebook atau laptop sebagai alat mencapai tujuan sesuatu visi kehidupan baik bisnes, komunikasi, pembelajaran, capaian pasaran hatta kepada branding produk.
Situasi sekarang, kebanyakan ibu ayah yang mempunyai anak kecil menggunakan gadget sebagai alat :
1.Mendiamkan anak yang lincah.
2.Memastikan anak kononnya beradab sebab duduk diam atas sofa.
3.Memudahkan kita ibu ayah membuat kerja rumah.
4.Menjadikan urusan tanggungjawab pembentukan adab dan akhlak langsung dari asuhan ibu ayah kepada melalui gadget.
KESAN BESAR.
Kesan pembangunan diri anak yang dibiasakan dengan gadget adalah besar. Permainan puzzle, games dan segala macam aplikasi ada juga kebaikannya. Namun tanpa kawalan yang tersusun,bakal menatijahkan kesan besar kepada pembentukan perilaku dan habit anak anak itu.
Kesan jangka panjang boleh dilihat pada perkara perkara berikut:
Berikut dirangkum beberapa bahaya gadget pada anak-anak:
1.RISIKO RADIASI ELEKTEOMAGNETIK.
Situasi mungkin berbeza kita sebagai orang dewasa, tubuh anak-anak terutama anak yang berusia di bawah lima tahun sangat sensitif terhadap risiko bahaya dari radiasi tersebut.
Kita semua juga maklum setiap gadget memiliki pancaran elektromagnetik yang boleh mempengaruhi tubuh. Jangankan anak-anak, orang dewasa juga tidak digalakkan untuk terdedah kepada radiasi elektromagnetik dalam jangka waktu lama.
Bagi ibu ayah mempunyai anak 1-3 tahun yang saraf-sarafnya sedang berkembang, radiasi elektromagnetik dari sumber terus di sekitarnya dapat melambatkan perkembangan saraf tersebut. Akibatnya perkembangan kogintif anak berjalan lambat, anak susah fokus di keadaan luas dan seterusnya merencatkan pergerakan akal.
2.RENCAT DAN CACAT PSIKOMOTOR ANAK.
Kemampuan psikomotor berkurangan, maklumlah asyik kejang depan gadget sahaja. Menghabiskan waktu dengan gadget membuat kemampuan anak yang lain kurang berkembang, salah satunya adalah kemampuan psikomotor anak anak. Padahal waktu usia anak-anak ini adalah untuk mengeksplorasi seluruh bakat psikomotorik yang dimilikinya, seperti melukis, bernyanyi, bermain bersama kawan kawan sebaya dan kegiatan lainnya. Waktu usia sebegini mereka perlukan bantuan sentuhan ibu ayah melakukan aktiviti fizikal , seperti duduk melihat buku sambil membuat bunyi, di mana anak dpat mengembangkan otak kanannya. Juga mendedahkan anak kepada persekitaran bermain bersama rakan sebaya, anak akan belajar mempelajari hidup sosialnya.
3.KESUKARAN MENGGUNAKAN KEPELBAGAIAN ALAT BELAJAR.
Akibat penggunaan gadget tanpa had ini, kebanyakan anak anak ini lambat menyesuaikan diri dengan material asas alat bantuan belajar yang lain di sekolah nanti. Sementelah, aplikasi-aplikasi dan sistem operasi pada gadget tersedia itu memang menyediakan interaksi multimedia menarik, permainan warna, animasi ditambah suara membuat anak terbiasa duduk lama lama di depan skrin gadget.
Apabila anak anak ini masuk sekolah sahaja, anak yang sudah terbiasa berinteraksi dengan gadget akan menemui kejanggalan belajar untuk menyerap kaedah pelajaran sekolah yang cenderung kepada interaksi manusia dan penakulan minda, teks hitam putih, tanpa animasi, tanpa suara. Tambahan lagi berhadapan pula dengan guru yang kurang kreatif menyusun kaedah pembelajaran dan pengajaran mata menjadi menarik. Ini pasti menurunkan minat belajar anak anak kaki gadget.
4.KETAGIHAN GADGET
Ketagihan. Walau bagaimana pun bahaya ketagihan lebih kerap terjadi pada pengguna gadget yang usianya lebih dewasa, orang tua juga mesti berhati-hati terhadap risiko ketagihan. Ketagihan gadget pada anak-anak yang kurang pengawasan dari orang tua, ada kemungkinan anak bisa menjadi gadget-holic atau dinamakan gadget. Kesan paling sedih anak sudah tidak kisah lagi makan bersama, sembang bersama, mahupun bergurau bersama.
Akhir, biarlah anak kita menangis sekarang kerana kecewa disebabkan ayah ibu yang tegas terhadap kawalan penggunaan gadget.. Dari kita ibu ayah menangis dihujung bucu katil kerana anak cintakan gadget dari memberi kasih sayang apabila kita sudah menua nanti.
#kopimineralarabicgum
#int3treebolehbantu
#cikgubolehdijemputbagiceramah
#0123607884
Cikgu SB Transformasi Minda
012-360 7884

Comments
Post a Comment