20.01.2019 - HIDUP MEMBUAT PILIHAN

HABIT-Q.

HABIT KEJAYAAN & HABIT KEGAGALAN!

(HIDUP MEMBUAT PILIHAN)

KISAH#1
========
BUDAK MENGEMBALA KAMBING.

aman dahulu, ketika Sayyidina Umar bin Khattab sedang mengadakan perjalanan dari Madinah ke Mekkah. Di tengah perjalanan ia melihat seorang pemuda yang sedang menggembala kambing dalam jumlah yang sangat banyak.

Khalifah Umar lalu mendekati pemuda itu dan mengutarakan niatnya untuk membeli seekor kambing.

“Wahai anak muda! Bolehkah aku membeli seekor kambing yang sedang engkau gembala?” tanya Sayyidina Umar.

“Saya ini hanya seorang budak, Tuan. Saya tidak memiliki kewenangan untuk menjual kambing ini. Semua kambing ini milik majikan saya,” jawab si penggembala dengan jujur.

“Meskipun kambing ini milik majikanmu, kalau saya beli satu pasti majikanmu tidak akan tahu. Nanti kamu ceritakan kepadanya bahwa kambing yang kamu gembala dimakan macan satu ekor,” ujar Sayyidina Umar menguji kejujuran pemuda itu.

Mendengar ajakan itu, pemuda itu memandang Sayyidina Umar sejenak. Si pemuda itu pun berkata, “Apa yang tuan katakan memang benar. Jika kambing yang saya gembalakan ini hilang satu, majikan saya pasti tidak melihatnya. Apalah arti satu kambing baginya.”

“Lantas apa yang membuatmu ragu untuk menjualnya kepadaku?” tanya Sayyidina Umar.

“Meskipun majikan saya tidak melihat jika kambingnya hilang satu. Tapi, Allah Maha Melihat lagi Maha Mengetahui apa yang saya lakukan. Inilah keyakinanku, Tuan.”

Mendengar jawaban pemuda itu, Sayyidina Umar pun memeluknya sambil meneteskan air mata. Kemudian meminta si pemuda penggembala itu mengantarkannya kepada sang majikan.

Setelah bertemu dengan majikan si pemuda tersebut, Sayyidina Umar kemudian membeli harga pemuda itu untuk dimerdekakan dari perbudakan. Selain itu, semua kambing yang digembalakannya tadi juga diborong dan menjadi hak milik si pemuda sebagai hadiah atas kejujurannya.


KISAH#2
=======
SEORANG BUDAK PENGEMBALA & SERIGALA.

Seorang budak telah menjadi  seorang pengembala kambing yang tinggal di sebuah kampung yang aman dan damai. Setiap pagi, orang kampung akan bangun awal untuk bekerja. Sebagai pengembala kambing, budak itu akan membawa kambing kambingnya untuk meragut rumput.

Beliau yang masih muda sering kali bosan dengan pekerjaannya. Dia merasakan pekerjaannya tidak mempunyai apa apa cabaran. Dia hanya perlu membawa kambing kambing ini untuk pergi meragut rumput. Sampailah suatu hari, budak itu mendapat ilham untuk menghiburkan kehidupan hariannya.

Pagi itu ketika membawa kambing kambing nya makan, budak itu  menjerit "Tolong ! Tolonng ! Ada serigala yang nak makan kambing aku! Tolong ! Tolong !" Budak itu menjerit dengan sepenuh kekuatannya. Orang kampung yang mendengar jeritan budak itu, bergegas untuk membantu.

Setibanya orang kampung ditempat budak itu, mereka hairan kerana mereka tidak nampak walau seekor serigala pun. Dalam kebingungan, budak itu ketawa terbahak bahak. "HAHAHAHA. Aku main main sahaja. Mana ada serigala yang nak makan kambing aku. Tak sangka kamu semua percaya. HAHAHA."

Ada yang marah, ada yang rasa kecewa. Orang kampung yang telah ditipu oleh budak itu , memberikan nasihat kepada budak itu agar tidak mengulangi perbuatannya itu. Budak itu sedikit pun tidak rasa bersalah. Sebaliknya, dia merasakan dirinya telah melakukan sesuatu yang menghiburkan hatinya.

Hari esok tiba dengan pantas. Budak itu membawa kambingnya meragut rumput. Dia yang kebosanan, sekali lagi menjerit meminta tolong."Tolong ! Tolonng ! Ada serigala yang nak makan kambing aku! Tolong ! Tolong !" Orang kampung yang mendengar jeritan budak itu tetap bergegas hendak membantu budak itu walaupun mereka pernah ditipu oleh budak itu.

Setibanya orang kampung ditempat budak itu, mereka hairan kerana mereka tidak nampak walau seekor serigala pun. Mereka sedar mereka telah ditipu sekali lagi oleh budak itu . Budak itu ketawa terbahak bahak. "HAHAHAHA. Aku main main sahaja. Mana ada serigala yang nak makan kambing aku. Tak sangka kamu semua percaya. HAHAHA."

Orang kampung benar benar marah. Mereka terus bergegas meninggalkan budak itu dan kambing kambingnya. Budak itu tidak menghiraukan penduduk kampung. Sebaliknya, dia bangga dapat menghiburkan hatinya untuk hari yang kedua. Dia tidak sedar, perbuatannya itu hanya akan memakan dirinya pada masa hadapan kelak.

Setelah beberapa minit kemudian. Budak itu yang sedang gembira menjadi pucat. Kali ini dia betul betul nampak ada serigala yang datang menghampiri kambing kambingnya. Budak itu yang lemah apabila keseorangan, hanya mampu meminta pertolongan orang kampung menghalau serigala ini daripada memakan kambing kambingnya.

"Tolong ! Tolo
ng ! Ada serigala yang nak makan kambing aku! Tolong ! Tolong !" Malangnya, penduduk kampung tidak menghiraukan jeritan budak itu. Budak itu menjadi panik. "Tolong ! Tolong ! Ada serigala yang nak makan kambing aku! Tolong ! Tolong ! Aku tidak tipu. Percayalah aku !" Tetapi tiada orang kampung yang datang untuk membantunya.

Kambing kambing budak selamat dimakan oleh serigala tersebut. Mujur budak itu selamat daripada menjadi makanan Serigala. Mungkin dek kerana Serigala sudah kenyang memakan semua kambing kambing Budak itu . Budak itu sedih. Budak itu pelik. Kenapa orang kampung tidak datang membantunya ketika dia memerlukan pertolongan.

Barulah dia sedar. Dia dah mempermaikan hati dan perasaan orang orang kampung. Pada dasarnya, orang orang kampung ini percaya kepada budak. Mereka berusaha bersungguh sungguh untuk membantu budak ketika budak itu meminta tolong. Tetapi mereka ditipu oleh budak ity bukan satu tapi dua kali. Sehingga mereka tidak lagi percaya kepada budak itu.

Konklusinya: Jangan mempermainkan kepercayaan yang telah orang ada pada kita. Kelak kita yang akan menyesal pada masa akan datang. TaMaT.

Boleh dibaca dalam Buku Inspirasi HABIT-Q..

Comments

Popular Posts